Portfolio dan Bidang Tugas

KETUA PENGAWAS
1.       Merupakan ketua pelajar dan wakil pelajar.
2.       Menjadi ketua dan peneraju dalam pengurusan kepengawasan dalam kalangan ahli pengawas yang sedia ada.
3.       Memaklumkan sebarang maklumat dan informasi kepada pengawas dan pelajar.
4.       Merupakan jambatan antara guru dan pengawas/pelajar.
5.       Memastikan organisasi pengawas berjalan dengan lancer dan memantau gerak kerja ahli-ahli biro dan pengawas.
6.       Menyediakan pembahagian tugas harian dalam kalangan pengawas untuk rondaan pada waktu pagi, rehat dan tengah hari.

KETUA PENGAWAS PEREMPUAN
1.       Merupakan timbalan dan pembantu kepada Ketua Pengawas dan merupakan ketua kepada pengawas perempuan.
2.       Bertindak mengikut keperluan sekiranya ketua pengawas tiada di sekolah.
3.       Sebagai penyimpan amanah atau kutipan duit dalam kalangan pengawas.
4.       Menjadi penguhubung dan jambatan antara guru danpelajar.
5.       Menjalankan amanah dan tugas yang telah diarahkanoleh ketua pengawas atau guru-guru.
6.       Memastikan Bilik Gerakan Pengawas dalam keadaan sempurna, kemas dan tersusun.

TIMBALAN-TIMBALAN KETUA PENGAWAS
1.       Menjadi pembantu danpenolong kepada ketua pengawas.
2.       Orang kedua dari belakang ketua pengawas.
3.       Memastikan kerja-kerja dan tugas pengawas berjalan dengan lancar seperti arahan daripada ketua pengawas.
4.       Timbalan ketua pengawas harian berperanan dalam memahami dan mengetahui keperluan pengawas-pengawas harian.
5.       Timbalan pengawas asrama berperanan dalam mengetahui dan memahami keperluan pengawas-pengawas asrama.
6.       Timbalan pengawas sesi petang berperanan menjadi ketua kepada pengawas sesi petang.  Memastikan tugas dan peranan pengawas sesi petang berjalan lancar mengikut tugas dan arahan yang telah diberikan.



SETIAUSAHA KEHORMAT
1.       Pencatat minit mesyuarat apabila ada mesyuarat atau taklimat diadakan tidak kira secara rasmi atau tidak rasmi.
2.       Menyediakan surat menyurat secara rasmi atau tidak rasmi dalam badan pengawas sekolah.
3.       Berperanan sebagai ketua apabila ketua pengawas tiada di dalam kawasan sekolah.
4.       Menerima arahan daripada ketua pengawas untuk menjalankan tugas memanggil untuk mesyuarat.
5.       Menyediakan jadual tugas harian dan rondaan pengawas dan diedarkan kepada setiap org pengawas.
6.       Memantau borang kehadiran pengawas bertugas setiap hari dalam setiap bahagian rondaan.

PENOLONG SETIAUSAHA KEHORMAT
1.       Sebagai pembantu kepada Setiausaha Kehormat dalam segala kerja pengkeranian.
2.       Menjadi pengganti sementara sekiranya Setiausaha Kehormat tiada di dalam sekolah.
3.       Menyelia fail-fail dan rekod-rekod yang terdapat dalam Bilik Gerakan Pengawas.


KETUA BIRO DISIPLIN DAN TATATERTIB
1.       Berperanan dalam memastikan disiplin dan tatatertib dalam kalangan pengawas pada tahap yang maksimum.
2.       Menjadi pemerhati kepada tingkah laku pengawas.
3.       Berhubung kait secara rapat dengan Jawatan Kuasa Penyelaras Disiplin Guru.
4.       Menyediakan jadual tugas dan mengepala aktiviti sekiranya ada ‘sportcheck’ dilakukan oleh Guru Penyelaras Disiplin Sekolah.
5.       Bekerjasama dengan Biro Tugas-tugas Khas dan perhimpunan untuk ‘sportcheck’ selepas perhimpunan sekolah. Melantik pengawas untuk merekod dan mencatat pelajar yang melanggar disiplin seperti kuku panjang, kuku bewarna, tidak ikat rambut, pengikat rambut yang bewarna warni, menggunakan selipar, kaki seluar ketat dan rambut panjang dan bewarna dan lain-lain kesalahan yang relevan yang melanggar peraturan sekolah. 
6.       Memberi arahan untuk tugasan pemantauan dan sportcheck selepas perhimpunan.





BIRO TUGAS-TUGAS KHAS DAN PERHIMPUNAN
1.       Berperanan sebagai pengurus dalam aktiviti perhimpunan atau aktiviti keramaian seperti hari muafakat, hari perayaan dan sebagainya.  Menguruskan majlis agar berjalan dengan lancar.
2.       Menyediakan jadual tugas untuk perhimpunan sekolah iaitu, pemilihan pengacara majlis, pembaca ikrar, pembacaan pengumuman dan notis.
3.       Boleh memilih dalam kalangan pengawas untuk tugas-tugas seperti di atas.
4.       Bekerjasama dengan Biro Peralatan dan Kecemasan untuk penyediaan perhimpunan.
5.       Memastikan perhimpunan berjalan lancar dan memberi arahan kepada ahli pengawas untuk tugas-tugas semasa perhimpunan.
6.       Menyediakan susunan baris pelajar mengikut kelas di tapak perhimpunan.

BIRO PERALATAN DAN KECEMASAN
1.       Menyediakan peralatan yang diperlukan oleh Biro Tugas-tugas khas dan Perhimpunan semasa perhimpunan sekolah berlangsung, aktiviti-aktiviti sekolah yang lain seperti keramaian, hari muafakat dan sebagainya.
2.       Menyediakan jadual tugasan kerja untuk penyediaan peralatan semasa perhimpunan seperti menyediakan kerusi meja untuk guru.  Boleh dipilih dari kelas-kelas pelajar untuk mengangkut kerusi meja sambil diselia pengawas yang bertugas.
3.       Bersedia sepanjang masa untuk kecemasan dan sekiranya guru-guru yang memerlukan peralatan seperti kerusi meja untuk sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah.

BIRO PERMAINAN, SUKAN DAN SOSIAL (PERKASO)
1.       Menyediakan idea dan susunan permainan, sukan dan aktiviti sosial yang lain sepanjang  tahun untuk merapatkan lagi hubungan dalam kalangan pengawas serta para guru.
2.       Menyediakan senarai tugas dan keperluan semasa Hari Guru untuk aktiviti sukan dan permainan Hari Guru.
3.       Bekerjasama dengan Biro Peralatan dan Kecemasan. 
4.       Ahli jawatankuasa boleh terdiri dalam kalangan semua ahli pengawas dalam setiap aktiviti.

BIRO KEBAJIKAN PELAJAR
1.       Mencari dana untuk meningkatkan dana lembaga pengawas untuk kegunaan bersama pengawas.
2.       Mencari idea dalam meningkatkan dana lembaga pengawas.
3.       Mengepala dan mengetuai aktiviti mengutip derma kilat dalam kalangan pelajar sekiranya ada derma kilat dilakukan.

BIRO KEBERSIHAN DAN KECERIAAN
1.       Berperanan sebagai mata dan telinga pihak sekolah memastikan kawasan sekolah dalam keadan bersih dan ceria.
2.       Memastikan setiap blok kelas bersih dan ceria.  Bilik kelas ada penyapu danperalatan pembersihan yang lain. Sila buat pemantauan dari semasa ke samasa. 
3.       Menjaga kebersihan dan keceriaan Bilik Gerakan Pengawas dari semasa ke semasa dan kemas.

BIRO KEBUDAYAAN DAN KEROHANIAN (KEBUROH)
1.       Berperanan sebagai setiap ahli pengawas baik rohaniahnya. 
2.       Memantau setiap aktiviti kerohanian dan kebudayaan yang diikuti oleh para pelajar asrama dan harian.
3.       Mendapatkan maklumat dari setiap ketua persatuan kerohanian seperti masa perjumpaan, keahlian, tempat perjumpaan dan pastikan pelajar-pelajar ini tidak melanggar peraturan semasa aktiviti kerohanian berjalan.

BIRO DOKUMENTASI
1.       Membuat kertas kerja sekiranya aktiviti berlangsung di sekolah yang melibatkan pengawas.
2.       Membuat dokumentasi iaitu mengambil gambar dan merakam segala aktiviti yang berlangsung di sekolah yang melibatkan pengawas.
3.       Membuat laporan setelah sesuatu aktiviti berlangsung dan masukkan semua pelaporan iaitu kertas kerja, gambar-gambar dan laporan dalam fail yang telah disediakan.
4.       Memastikan setiap aktiviti yang melibatkan pengawas adanya dokumentasi yang lengkap dan difailkan.

BIRO DEWAN MAKAN
1.       Menyediakan jadual bertugas harian di dewan makan yang melibatkan pengawas asrama.
2.       Menyediakan pembahagian tugasan untuk memantau aktiviti di dewan makan seperti menimbang makanan, kehadiran pengawas bertugas, kehadiran pelajar makan dan merekod di dalam buku rekod yang telah disediakan.
3.       Mengetahui segala hal ehwal di dalam dewan makan dan memastikan keperluan dewan makan mencukupi dan selesa untuk para pelajar.